Jumaat, November 06, 2009

Mengenali Tubuh Manusia (sains sukan)



STRUKTUR  ASAS TUBUH BADAN
Unit yang paling asas dalam tubuh ialah sel,yang wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia wujud dalam protoplasma yang menyerupai agar-agar. Kumpulan sel ini bergabung  untuk melakukan fungsi tisu, manakala tisu-tisu membentuk organ-organ dan system-sistem organ seperti jantung,paru-paru,rangka dan kulit.
Sebagai jurulatih sukan, tumpuan utama instruktur kecergasan pendidikan jasmani ialah system rangka,sendi,ligament,otot dan system kardio.
Sistem Rangka
Sistem rangka ialah Tulang-tulang dalam tubuh serta sendi-sendi yang terbentuk hasil daripada cantuman tulang,  Bahan utama system ini adalah tulang, rawan dan tisu yang membentuk sel darah. Secara  ringkasnya, rangka (skeleton) manusia dibagi menjadi dua, iaitu  rangka aksial (asas tubuh) dan rangka apendikuler (anggota tubuh).


a.  Rangka Aksial

Rangka aksral terdiri dari tulang belakang (vertebra), tulang tengkorak, dan tulang rusuk



Tengkorak berfungsi melindungi otak. Hubungan tulang yang terdapat pada tempurung kepala bersifat suture, iaitu tidak dapat digerakkan.
  
i.) Tulang Belakang
    Pada tulang belakang terdapat  lengkungan - lengkungan yang berfungsi untuk menyangga berat dan memungkinkan manusia melakukan berbagai jenis posisi dan gerakan contonya berdiri, duduk, atau berlari.


ii.) Tulang dada dan tulang rusuk
Tulang dada dan tulang rusuk bersamaan membentuk perisai pelindung bagi organ – organ penting yang terdapat di dada, iaitu paru – paru dan jantung. Tulang rusuk juga berhubungan dengan tulang belakang.



B. Rangka Apendikuler Rangka apendikuler terdiri atas pinggul, bahu, telapak tangan, tulang-tulang lengan, tungkai, dan telapak kaki. Secara umum rangka apendikuler menyusun alat gerak, iaitu tangan dan kaki yang dibezakan oleh rangka bahagian atas dan rangka bahagian bawah.


Tulang rangka apendikuler bahagian atas terdiri daripada beberapa tulang seperti berikut:

1) Tulang Selangka (clavicle)                                                             

       Tulang selangka atau tulang leher membentuk bahagian depan bahu.
2) Tulang Belikat (scapula)

Tulang belikat berada di atas sendi bahu dan merupakan bahagian pembentuk bahu.
3) Tulang Pangkal Lengan, (Humerus ) + (Ulna)

Tulang pangkal lengan bersama dengan tulang pengumpil dan tulang hasta menyusun julat pergerakan, bagi tangan.                        


4) Kaki 

Tulang apendikuler bahagian bawah terdiri daripada beberapa tulang yang menyusun pergerakan kaki . Kaki terdiri dari  tulang kaki dan telapak kaki. Tulang kaki disusun oleh tulang paha , tempurung lutut, tulang kering dan tulang betis. Pergelangan kaki disusun oleh tulang tumit, kalkaneus, talus, kuboid, navikular, kuneiform, dan jari – jari


Kerangka tubuh manusia




Kerangka manusia tersusun dari tulang-tulang, baik tulang yang panjang maupun tulang pendek. Fungsinya  adalah :
  • Untuk memberikan bentuk keseluruhan bagi tubuh
  • Menjaga agar organ tubuh supaya tetap berada di tempatnya
  • Melindungi organ-organ tubuh seperti otak, jantung, dan paru-paru
  • Untuk bergerak ketika dikehendaki oleh otot Menghasilkan sel darah di dalam sum sum tulang








Jenis-jenis tulang
Tulang dikelompokkan mengikut bentuknya seperti :




  • Tulang panjang
    Contohnya tulang paha (femur), tibia,fibula,radius,ulna dan phalanges. Berfungsi sebagai tuas.
  • Tulang pendek
    Contohnya tulang pergelangan (carpals,tarsals). Berfungsi memudahkan pergerakan.
  • Tulang leper
    Contohnya tulang cranium dan scapula. Berfungsi sebagai cantuman otot dan pelindung rongga.
     
  • Tulang tak sekata
    Contohnya vertebrae, sphenoid,sacrum, coccyx dan  tulang rahang (mandible) dengan fungsi yang pelbagai.



Nama-nama tulang pada tubuh                                     
  1. Cranium (tengkorak)
  2. Mandible(tulang rahang)
  3. Clavicle (tulang selangka)
  4. Scapula (tulang belikat)
  5. Sternum (tulang dada)
  6. Rib (tulang rusuk)
  7. Humerus (tulang pangkal lengan)
  8. Vertebra (tulang punggung)
9.     Radius (tulang lengan)
10. Ulna (tulang hasta)
  1. Carpal (tulang pergelangan tangan)
  2. Metacarpal (tulang telapak tangan)
  3. Phalanges (ruas jari tangan dan jari kaki)
  4. Pelvis (tulang panggul)
  5. Femur (tulang paha)
  6. Patella (tulang lutut)
  7. Tibia (tulang kering)
  8. Fibula (tulang betis)
  9. Tarsal (tulang pergelangan kaki)
  10. Metatarsal (tulang telapak kaki)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

hak cipta terpelihara.

Ukur BMI Anda